.

.

Sertai Team Therapist Chakra Aura

Berminat untuk menjadi sebahagian ahli kami membantu masyarakat Marhaen mendapatkan terapi yang terbaik? Klik pada imej untuk ke link tentang ini.

Perkhidmatan Rumah Ke Rumah

Hubungi atau whatsapp 0173916159 untuk tempahan.

Monday 27 February 2017

Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan

     Percaya atau tidak gaya pemakanan yang tidak dijaga, tidak seimbang dan memasukkan segala jenis perkara tanpa menitik beratkan halal dan haram adalah suatu perkara yang tidak bagus? Nitezen kini tidak lagi memperdulikan masalah ini kerana mereka menganggap masalah ini adalah biasa. Tetapi dari segi Rohaniah, ianya bukan soal remeh. Tidak hairanlah para ahli Gizi ada yang mengatakan “Kamu adalah apa yang kamu makan.”

Firman Allah dalam Al-Qur’an :
“Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (QS 80 : 24)

     Kami di ingin berdiskusi bersama pembaca bahana “Makanan Mampu Menarik Makhluk Halus Mendekati Mangsa.” Tajuk ini sangat berbeza daripada yang lain kerana ianya adalah daripada hasil kajian Master Of Therapist telah membuat beberapa kajian terhadap pesakit-pesakitnya. Pelbagai jenis artikel berkaitan kebaikan makanan, kini kami ingin berkongsi pengalaman bersama pembaca sepanjang kajian membantu pesakit kami untuk sembuh. Makhluk halus atau lebih dikenali sebagai Al-Jinn ini sangat menggemari perkara-perkara yang kotor dan tidak dimulakan ketika menyediakan makanan atau minuman dengan membaca “Bismillah”.

Telah Allah perintahkan kita manusia :

“ Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah Syaitan, kerana Syaitan adalah musuh yang nyata bagi-mu.”

Surah Al-Baqarah ayat 168

     Jin adalah satu makhluk yang kita tidak boleh melihatnya dengan mata kasar, mereka amat menyukai makanan yang dihasilkan di dalam tubuh badan kita. Usus manusia adalah salah satu organ yang mampu meleraikan tenaga di dalam makanan. Apabila kita tidak menjaga gaya pemakanan kita, sehinggalah satu tahap usus kita tidak mampu untuk melakukan proses peleraian makanan di dalam perut. Ketika itulah makhluk ini dapat memhidu bau yang sedap dari dalam perut manusia. Mereka akan langsung mendatangi manusia lalu masuk melalui rongga-rongga kulit dan menyelinap ke dalam urat saraf dan terus berada pada urat saraf bahagian usus untuk mengambil zat-zat yang tidak elok tersebut. Lalu mereka menyumbatkan aliran darah dengan angin yang kurang elok di dalam tubuh badan. Bermula daripada angin, lalu aliran darah kita akan menjadi perlahan.

     Apabila aliran darah menjadi perlahan, maka timbulah pelbagai jenis penyakit yang berkaitan darah. Jin yang memakan darah ini akan berusaha keras untuk merosakkan angota jasad manusia. Mereka akan mula pergi ke urat saraf di otak kita, lalu apakah yang mereka mahukan? Mereka yakni Jin akan “ON” suiz Nafsu makanan kita lalu kita secara pelik dan tidak tahu mengapa menjadi semakin suka makan makanan yang sedap-sedap. Sehinggakan sahabat handai atau keluarga kita pelik tentang pengambilan makanan kita.

     Selepas sekian lama berada di dalam badan manusia, Jin atau mahkluk halus itu tadi akan susah untuk keluar daripada tubuh badan manusia kerana cintanya mereka akan makanan yang kita makan. Apabila pesakit datang ke hospital, doktor pula akan memberi ubat sebagai makanan supliment untuk meredakan penyakit. Tetapi manusia tidak mampu menjaga nafsu makan ini akan terus melakukan rutin merosakkan tubuh badan dengan memakan makanan yang sedap-sedap. Sedangkan makanan yang sedap itu adalah makanan yang berpenyakit secara logik Rohani.

Allah telah berfirman :
“dan makanlah makanan yang halal lagi baik (thayib) dari apa yang telah di rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah dan kamu beriman kepada-Nya.”

Surah Al-Maidah : Ayat 88

     Di sini Allah memerintah kita agar makan makanan yang berkhasiat dan baik untuk tubuh badan semata-mata hanya untuk beribadat, beriman dan bertaqwa kepada Allah. Menunjukan bahawa Allah itu tidak zalim, tetapi Manusia itu sendiri menzalimi diri mereka sendiri. Apabila kita membawa masuk pelbagai jenis makanan yang berbeza-beza daripada rutin harian kita makan. Manusia sendiri mencipta penyakit kerana setiap apa yang di bawa masuk ke dalam perut mempunyai zat dan tenaga untuk sistem badan kita beroperasi dengan baik. Makanan yang di ambil secara berlebihan akan menyebabkan oksigen di dalam badan banyak digunakan, kemudian manusia akan letih dan rasa malas untuk melakukan rutin harian. Ini kerana oksigen telah banyak digunakan untuk meleraikan tenaga dan zat makanan di dalam darah.

     Gaya makanan yang tidak sihat akan mendorong Jin atau makhluk halus untuk datang dan jadikan kita sebagai kilang makanan. Manusia yang selalu terkena gangguan makhluk halus adalah terdiri daripada mereka yang tidak menjaga gaya pemakanan. Ini adalah hasil kajian yang telah “Master Of Therapist” kami lakukan semasa merawat pesakit yang melibatkan gangguan. Rata-rata 9/10 orang yang terkena gangguan Makhluk halus adalah mereka tidak menjaga cara pemakanan.

     Kesimpulannya, makanan dijadikan Allah kepada manusia adalah untuk memberi manusia kekuatan untuk beribadah kepada-Nya. Makanan yang baik adalah makanan yang dibuat oleh Tukang Masak yang membaca “Bismillah” sebelum memulakan sebarang aktiviti masakan.  Makanan yang berbeza-beza pada setiap hari akan menyebabkan ketidak seimbangan aura tubuh badan kita lalu menyebabkan aura kita lemah dan mudah dimasuki Makhluk Halus.

Disediakan Oleh :
En. Mohd Fikri

Master Of Therapist