Tentang Kami


TENTANG KAMI

CHAKRA AURA HEALING CENTER SA0392824-H ditubuhkan pada 16.4.2016 (Sabtu) . Kami adalah pengamal perubatan dan perawat yang menggunakan teknik rawatan tradisional/alternatif.

Kami menggunakan kaedah rawatan dengan melancarkan perjalanan laluan Chakra (Urat) dan menstabilkan getaran Aura (Emosi) di dalam tubuh badan anda. Hanya dengan mengurut dan membuang benda yang kotor (energi negatif yang tidak diperlukan) di dalam badan melalui bekam atau resdung di anggota badan anda.

Rawatan kami menggunakan seni urutan dari Thai Massage dan Moden Spa Massage memberi anda rawatan penyembuhan yang menyegarkan. Menyalurkan energi positif ke dalam tubuh badan dan memberikan keselesaan kepada tubuh badan anda dengan minyak aroma terapi.

Kami beroperasi dari rumah ke rumah anda dan anda juga boleh datang ke rumah rawat kami yang berdekatan di Pasar Seksyen 6.

TUJUAN PENUBUHAN.
Kami ditubuhkan untuk membantu meredakan kesakitan, memberi keselesaan, ketenangan, dan kesegaran kepada tubuh badan anda.Kami juga memberikan anda harga perkhidmatan yang berpatutan dan menjimatkan kos dan masa anda.

Hubungi kami tetapkan tarikh, hari dan sesi rawatan. Kami akan datang ke rumah anda atau anda sendiri datang ke rumah rawatan kami.

MOTO SYARIKAT
"Rawatan penyembuhan yang menyegarkan."

MISI :
Membantu meredakan kesakitan pesakit dalam rawatan tradisional yang disediakan agar pelanggan kami dapat kembali menjalankan rutin tugasan harian di pejabat dan rumah dengan selesa.

VISI :
  1. Membantu para pelanggan kami untuk lebih aktif dan sihat dalam menjalankan rutin tugasan harian.
  2. Membantu para perawat di bawah naungan Chakra Aura Healing Center untuk memulakan perjalanan mereka sebagai perawat.
  3. Menjadikan pusat rawatan sebagai pusat seluruh perawat mencari sumber pendapatan dan menjadikan pusat kegemaran utama pelanggan bertemakan uptown dalam kedai.
  4. Mendidik para pelanggan/pesakit untuk menjaga cara pemakanan dan gaya hidup harian dalam menjaga kesejahteraan anggota tubuh badan mereka.
PERKHIDMATAN KAMI.
Kami menyediakan pelbagai jenis rawatan. Rawatan utama kami adalah Urut, lain-lain rawatan adalah rawatan sampingan. Di bawah adalah rawatan yang kami sediakan.
  1. Rawatan Urut
  2. Rawatan Resdung
  3. Rawatan Bekam
  4. Rawatan Seri Wajah
  5. Terapi Chakra & Aura
  6. Mandian Aura
Dibuka setiap hari kecuali diberitahu cuti pada jadual.
Sesi Pagi : 8.30am -12.30pm (4 jam)
Rehat : 12.30pm - 2.30pm (2 jam)Sesi Petang : 2.30pm - 6.30pm (4jam)
Rehat : 6.30pm - 8.30pm (2 jam)
Sesi Malam : 8.30pm - 12.30am (4 jam)
Tutup : 12.30am - 8.30am (8 jam)

Berminat untuk menjalani rawatan dan terapi Chakra Aura dengan perawat kami? Atau anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kami. Kami menyediakan pelbagai jenis medium talian untuk hubungi dan berbicara dengan kami. Sila rujuk pada teks di bawah.

Hubungi / Whatsapp :
017-391 6159

Alamat Email :
chakraaurahealingcenter@gmail.com

Facebook Page :
Chakraaurahealingcenter

Wechat Message :
@chakraaura

Instagram Direct Message :
@chakraaurahealingcenter

* Sila buat janji temu melalu talian whatsapp untuk proses menempah slot sesi rawatan dengan perawat kami.

* Kami akan datang ke rumah anda setelah anda menetapkan tarikh, hari dan sesi rawatan.

* Tidak perlu deposit apa-apa wang pendahuluan kepada kami.

* Kami akan ambil upah selepas selesai sesi rawatan kami.

* Pastikan sehari sebelum atau sehari sebelum anda menempah perkhidmatan kami. Kemungkinan slot tarikh dan masa yang anda minta ada pelanggan lain yang telah menempah.

KAWASAN KEMBARA RAWATAN :
Dalam Selangor :
Kota Kemuning | Alam Impian | Klang | Shah Alam | Putra Height | Alam Megah | Puchong | Seri Kembangan | Putrajaya | Kajang | Bangi | Salak Selatan | Seri Petaling | Sentul | Subang | Cheras | Kuala Lumpur

Dalam Kedah :
Sungai Petani | Alor Setar

0 Komentar:

Post a Comment