Soalan Lazim

Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang lazim ditanya, kami telah menyediakan beberapa pertanyaan dan jawapan untuk anda. Di harap dengan persoalan yang telah dijawab di dalam ruangan ini dapat mengurangkan pertanyaan di dalam minda anda.

Soalan 1 : Bagaimana kami mahu membuat janji temu dengan perawat?
Jawapan 1 : Anda perlu klik link ---> Tentang Kami.


Soalan 2 : Adakah kami perlu ke pusat rawatan atau kami boleh menelefon perawat untuk ke rumah kami?
Jawapan 2 :  Anda boleh memilih sama ada untuk ke Pusat Rawatan Seksyen 6, Shah Alam kami di Tingkat 5, tiada lift dan perlu naik tangga untuk ke atas. Atau Hubungi kami dan kami akan ke rumah anda sahaja dan perlu membayar surcaj kenderaan untuk ke rumah anda.

Soalan 3 : Adakah kami perlu deposit wang pendahuluan untuk menempah sesi rawatan?
Jawapan 3 : Tidak perlu, anda perlu menempah tarikh, hari dan sesi rawatan sahaja. Jika anda ingin mengubah fikiran untuk menukarkan tarikh atau sesi rawatan. Kami akan mengesahkan dahulu kedatangan kami melalui whatsapp, hubungi atau mesej. Pastikan proses tempahan adalah sehari sebelum anda ingin membuat rawatan.

Soalan 4 : Jika kami tiba-tiba sahaja ingin menukar fikiran untuk merawat di tarikh atau sesi lain?
Jawapan 4 : Mohon pastikan masa yang anda tempah itu adalah waktu yang anda betul-betul bebas daripada sebarang aktiviti lain. Perubahan masa berkemungkinan anda tidak akan dapat hari yang anda ingin menempah kerana berlaga waktu dengan pelanggan yang lain.

Soalan 5 : Berapa ramaikah bilangan pesakit yang perawat boleh melakukan rawatan dalam satu sesi?
Jawapan 5 : Kami mampu untuk mengurut seramai 4 orang pesakit untuk 4 jam proses rawatan urut atau 2 orang pesakit jika mereka mengurut selama 2 jam, jika anda ingin merawat satu keluarga dalam satu sesi. Tetapi jika anda ingin merawat satu orang sahaja di dalam satu sesi rawatan. Maka, pesakit atau pelanggan seterusnya perlu memilih sesi yang lain.

Soalan 6 : Adakah perawat menerima bangsa lain selain bangsa Melayu untuk menjalani rawatan?
Jawapan 6 : Ya, kami sedia berkhidmat merawat pelbagai kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa seluruh negara.

Soalan 7 : Bilakah pusat rawatan anda cuti?
Jawapan 7 : Dibuka pada setiap hari Isnin - Jumaat. Cuti pada hari Sabtu & Ahad kecuali saya umumkan slot kosong pada waktu cuti kami. Kami akan beritahu anda slot kosong pada hari yang dibuka.

Soalan 8 : Berapa bilangan perawat yang sedia untuk berkhidmat?
Jawapan 8 : 1 Orang Perawat di Selangor dan Kuala Lumpur (Khidmat Rumah Ke Rumah)

Soalan 9 : Adakah pihak Chakra Aura Healing Center membuka peluang untuk kelas berlajar merawat?
Jawapan 9 : Insya-Allah, kami akan berikan maklumat itu dari masa ke semasa.

Soalan 10 : Adakah pihak Chakra Aura Healing Center mencari perawat untuk bersama-sama bertugas dalam menjalankan perkhidmatan rawatan ini?
Jawapan 10 : Ya, kami sedang mencari perawat yang mampu memikul amanah ilmu rawatan dan sanggup menjalankan tanggung jawab merawat pesakit mengikut seni dan teknik rawatan perawat.

Soalan 11: Adakah pihak Chakra Aura akan membuka pusat rawatan?
Jawapan 11 : Ya, ianya dalam perangcangan untuk ke peringkat seterusnya.Insya Allah.

Soalan 12 : Mengapa Chakra Aura diberikan nama untuk pusat rawatan ini?
Jawapan 12 : Kerana kami mengurut bagi melancarkan laluan Chakra (Urat) & memberi kesegaran kepada Aura (Emosi) Healing ketika menjalankan rawatan.

Soalan 13 : Apakah itu Chakra dan apa itu Aura?
Jawapan 13 : Chakra adalah laluan perjalanan urat di dalam jasad manusia iaitu Jasmani manakala Aura adalah melibatkan emosi iaitu Rohani pesakit. Ramai orang salah tanggapan berkaitan perkara ini.

Soalan 14 : Berapakah surcaj tambahan jika perawat perlu datang ke rumah pelanggan/pesakit?
Jawapan 14 : Kami mula mengambil surcaj pengankutan sebanyak RM5/15minit perjalanan ke rumah anda. Kami datang dengan motosikal. Jika kami datang dengan kereta, kami akan mengambil surcaj tol untuk ke tempat anda.

Soalan 15 : Dimanakah kawasan yang anda boleh datang?
Jawapan 15 : Seluruh Kawasan Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

Soalan 16 : Jika ada pesakit yang ingin membuat rawatan dari negeri lain selain Negeri Selangor?
Jawapan 16 : Kami akan gunakan surcas Tambang Bas untuk ke kawasan anda, anda perlu bayar surcas pergi dan balik. Anda perlu mengambil perawat di perhentian bas. Untuk menjimatkan kos rawatan, anda perlu mencari beberapa orang yang lain pelanggan/pesakit untuk melakukan rawatan.

*Telah di kemas kini pada 14 Februari 2018 bersamaan hari Rabu.

0 Komentar:

Post a Comment