Monday 24 April 2017

Fasa Demi Fasa Permulaan Punca Penyakit

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu & pengalaman saya dapat ketika merawat pesakit, berkaitan FASA DEMI FASA PERMULAAN PUNCA PENYAKIT. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda semua. Bagi manusia biasa atau normal, mereka tidak langsung menghiraukan keadaan kesihatan diri mereka sehingga penyakit itu datang sendiri lalu mereka hanya faham penyakit itu datang berpunca daripada sekeliling. Itu adalah fahaman yang salah, kerana setiap penyakit adalah berpunca daripada diri sendiri yang gagal menjaga dan mengawal nafsu. Allah anjurkan kita untuk menjaga kesihatan kerana ianya adalah kurniaan paling bernilai kepada manusia.

1. MAKANAN & MINUMAN

  • Makanan / Minuman adalah salah satu faktor pertama punca penyakit.
  • Gaya pemakanan & peminuman yang tidak teratur, tidak mengikut waktu, makan mengikut apa yang kita mahu makan tanpa mengambil berat zat² yang masuk ke dalam perut andadalah gaya pemakanan yang salah.
  • Makan atau minum harus mengikut kadar kemampuan iaitu berhenti sebelum kenyang.
2. GAYA HIDUP HARIAN
  • Selepas gaya makan dan minum, gaya hidup tuan-tuan dan puan-puan adalah punca seterusnya penyakit.
  • Selepas makan atau minum selalu tidur, tidak melakukan aktiviti yang boleh membakar lemak di dalam badan punca penyakit mula aktif.
  • Tidak bersukan, beriadah, selalu terperap di dalam rumah, melihat screen handphone atau komputer akan menyebabkan karbon dioksida di dalam badan masuk lalu membuat badan letih.
3. KEADAAN TEMPAT KERJA / KAWASAN RIADAH
  • Seterusnya keadaan tempat anda kerja juga boleh menyebabkan penyakit menyerang tubuh badan.
  • Pekerja selalu berada di dalam keadaan yang dingin atau sejuk di bawah pendingin hawa.
  • Melakukan pekerjaan yang tidak mengeluarkan toksin dari badan melalui peluh.
4. KEGAGALAN ORGAN DALAMAN BERFUNGSI DENGAN BAIK
  • Apabila ke-3 di atas terjadi, maka akan berlaku beberapa siri ketidak fungsi perjalanan di dalam darah dengan baik.
  • Apabila pengaliran darah berjalan dengan perlahan, kawasan yang mengalami masalah di dalam organ tubuh badan kita tak dapat berfungsi dengan baik. Lalu darah putih & merah diserang oleh bekteria jahat.
  • Selepas itu terjadi pelbagai penyakit sikit demi sedikit menyerang kita.
5. MAKHLUK LAIN MENYERANG SECARA TIDAK KITA KETAHUI
  • Perbezaan manusia yang faham & tidak faham berkaitan makhluk alam ghaib adalah orang yang faham mereka dapat kesan jika makhluk lain cuba menyerang mereka, bagi yang mereka tidak faham, mereka akan menganggap penyakit yang mereka hidapi itu adalah penyakit biasa.
  • Jika anda pernah dengar penyakit yang anda makan ubat tetapi tidak sembuh-sembuh? Jika ya, itulah penyakit yang ada kaitan dengan makhluk ghaib tersebut.
  • Harus di ingatkan, punca anda semakin hari, semakin lapar dan nafsu makan anda lebih daripada biasa itu adalah tidak normal kerana makhluk tersebut sedang menikmati santapan bersama-sama anda di dalam kerongkong atau perut anda.
6. TERJADI PENYAKIT YANG MERBAHAYA SEPERTI KANKER, DARAH TINGGI DAN LAIN-LAIN
  • Apabila luka di dalam badan mula terjadi, bau-bauan yang akan keluar dari mulut anda akan berbau busuk. Makhluk tersebut suka makan bau-bauan yang keluar dari mulut, mereka juga suka makan zat darah kotor yang terjadi di dalam darah.
  • Walaupun anda seorang yang baik dari segi akhlak, tidak melakukan maksiat, tetapi gaya pemakanan kamu tidak dijaga. Maka mudahlah bagi makhluk alam lain masuk ke dalam tubuh mu dan membina pelbagai jenis penyakit.
  • Akhirnya anda di serang penyakit yang susah untuk diubati kerana tidak mengamalkan amalan hidup sihat.
     Harus diingatkan bahawa apabila tubuh badan kita telah ditoreh dengan besi, sukar untuk kita dapat semula pemulihan yang cepat. Bahkan pelbagai penyakit akan datang silih berganti. Akhir kalam, semoga artikel ini bermanfaat kepada semua. Artikel ini adalah hasil kajian saya sendiri En. Mohamad Therapist dari Chakra Aura Healing Center. Setiap penyakit ada penawar, sama ada kita mahu ataupun tidak mahu sahaja. Amalkan gaya hidup sihat, cegah penyakit sebelum teruk.


Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh :
Encik Mohamad
Pengasas Chakra Aura Healing Center.

*Segala artikel yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi perawat sekadar perkongsian ilmiah sahaja.

*Jika anda ingin share artikel ini, mohon letakkan kredit alamat website https://www.chakraaurahealingcenter.blogspot.my. Tidak dibenarkan share tanpa meletakkan link.

*Artikel ini adalah kajian peribadi En. Mohamad yang telah dimanuskripkan di dalam blog ini.

0 Komentar:

Post a Comment